Wednesday, 18 December 2013

Hubungan Nora Danish dan anak VIP tidak direstui bapa kekasih?

KEBELAKANGAN ini, si pelakon comel Nora Danish hangat diperkatakan melakar kasih dengan anak seorang VIP, sehinggakan menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat mengenai gosip percintaan mereka.

Nora dan jejaka itu mula diperkatakan hangat bercinta sejak beberapa bulan lalu. namun, Nora terang-terang memberitahu pihak media bahawa mereka hanya berkawan rapat dan sudah mengenali pemuda itu hampir 10 tahun lalu. Mereka umpama belangkas dan selalu kelihatan selesa tampil di majlis keramaian bersama-sama. Nora juga dikatakan pernah muncul di majlis keraian dan majlis formal anjuran bapa kekasihnya itu.

Kemesraan yang terjalin antara mereka menjadi buah mulut peminat, apatah lagi mereka begitu selesa memuat naik gambar-gambar peribadi di laman sosial masing-masing.

Adakah benar mereka sedang bercinta?
Sejauh manakah kebenaran gosip Nora dan jejaka yang bernama Nadeem ini belum dapat dikenal pasti sehingga baru-baru ini ada sumber tampil bercerita tentang pasangan ini. Ya, benar Nora dan anak VIP tersebut atau pemilik nama Nadeem sedang bercinta.
Apa yang lebih mengejutkan ialah apabila sumber tersebut turut memberitahu yang hubungan cinta Nora dan jejaka tersebut tidak disenangi oleh bapa kekasihnya. Sahih atau benar berita ini belum dapat dipastikan. Usaha   untuk menghubungi pelakon ini tidak berjaya kerana dia sedang sibuk menjalani proses ‘dubbing’ untuk filem terbarunya, ‘Bercinta’ arahan Erya Rahman yang bakal ditayangkan pada September 26. Filem itu turut menampilkan aktor Farid Kamil.

Umum mengetahui, gosip cinta sering memburu diri aktres yang berstatus janda itu. Setiap kali digandingkan dengan pelakon lelaki, Nora sering dikatakan 'menjalin' hubungan cinta dengan rakan sekerjanya. Sebelum ini, aktres itu pernah digosipkan dengan Adiputra selepas mereka digandingkan dalam filem, ‘Aku Terima Nikahnya’ tidak lama dulu.

Terbaru, Nora dikatakan sedang asyik dilamun cinta dengan Shaheizy Sam, pelakon hebat yang telah dinobatkan trofi Pelakon Lelaki Terbaik di Anugerah Bintang Popular 2012.

Melihat kepada ‘track record’ Nora dan 'teman-teman' lelakinya, Nora mungkin sudah lali dengan kritikan terhadap dirinya. Dan tidak salah juga sekiranya ibu kepada seorang cahaya mata iaitu Putera Rayqal Ramli ini lebih senang merahsiakan kehidupan peribadinya dari peminat.

sumber: yahoo news

No comments:

Post a Comment

Featured post

Naruto yonnyboii salahku