Bagaimanapun tak keterlaluan kalau dikatakan, nama Sakinah bukan dikenali sebagai pelakon dan pelawak seperti kakak-kakaknya tetapi lebih kerana perangai.
Jika sebelum ini Sakinah diperkatakan ramai kerana memuatnaik video gila-gila tahap melampau dalam Keek, kini dia mencipta kontroversi menerusi akaun media sosial lain iaitu Instagram pula.
Sejak kebelakangan ini, Sakinah dilihat gemar memuatnaik gambar-gambar dirinya berpakaian seksi termasuk mendedahkan sebahagian besar badan, perut dan kaki.
Tindakan ini mencetuskan pelbagai komen termasuk dalam kalangan pengikutnya di Instagram.
Ada yang menyokong, ada yang mengutuk dan tak kurang juga yang err.. ambil kesempatan untuk tengok je diam-diam sebab dah kasi free kan.
Dari satu sudut mungkin Sakinah mahu berlaku jujur bahawa inilah dirinya yang sebenar atau mungkin juga, dia mengharapkan gambar-gambar yang dikongsikan itu dapat membakar semangat wanita lain untuk jadi kurus sepertinya.
Tapi dari segi lain, ia menunjukkan seolah-olah Sakinah ini seorang yang dahagakan perhatian. Tak gitu? –
No comments:
Post a Comment