Sunday, 10 June 2018

Jawapan ku li tentang perjumpaan zahid hamidi dengan mahadir

Jawapan ku li  tentang perjumpaan zahid hamidi dengan mahadir

KUALA LUMPUR : “Kalau saya pemangku Presiden UMNO, mengapa saya harus merangkak berjumpa dengan orang yang telah meninggalkan parti ini?”
Itu jawapan pendek tetapi pedas Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah ketika diminta pandangan mengenai pertemuan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini.
Veteran UMNO itu, lebih mesra dikenali sebagai Ku Li, berkata, semua pihak harus ingat bahawa Dr Mahathir sendiri yang meninggalkan parti itu, malah menyebabkan kekalahan parti itu dari terus memegang tampuk pemerintahan negara. “(Difahamkan) perjumpaan itu permintaan dari Datuk Zahid sendiri, saya tidak hendak komen apa-apa lagi.
Orang tanya mengapa Zahid jumpa Dr M dan minta nasihat daripada dia, macam mana hendak uruskan UMNO, itu dia punya hak.
“Tetapi sekiranya saya pemangku presiden, kenapa saya harus berjumpa dengan Tun M? Saya mengetuai parti yang berlainan, dan dia (Tun M) tidak memihak kepada kita, dia sudah meninggalkan parti kita, parti yang dia sendiri tubuhkan dengan Anwar Ibrahim. Jadi, mengapa mesti ‘merangkak’ berjumpa dia?” soalnya kembali.
Ku Li berkata demikian ketika menjawab persoalan dari wartawan dalam satu sidang media hari ini, yang diadakan di kediaman beliau di Langgak Golf, di sini hari ini.
Pada 7 Jun lepas, Ahmad Zahid Hamidi mengadakan pertemuan dengan Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, dan ia merupakan pertemuan pertama antara pemimpin tertinggi UMNO itu bersama Perdana Menteri sejak kerajaan Barisan Nasional tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.
Dr Mahathir, dalam satu temubual bersama sebuah akhbar, mendedahkan pertemuan itu bukan sahaja merupakan perjumpaan biasa, tetapi Ahmad Zahid dikatakan datang untuk mendapatkan pandangan Perdana Menteri itu mengenai UMNO.
Sumber: 

No comments:

Post a Comment

Featured post

Naruto yonnyboii salahku